IPOH: Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata kerangka perundangan itu adalah perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perbincangan dibuat mengenai penubuhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka dan mengawal selia industri berkenaan.
"GLC itu bagi saya perkara nombor dua sebab apa-apa kena ada kerangka perundangan, itu kena jelas...selepas itu kita nak buat GLC, sektor swasta atau mengeluarkan tender, kita boleh bincang, tetapi perkara pertama yang kita kena ada ialah kerangka perundangan.
"Jadi, kita rasa kalau nak harapkan Akta Pembangunan Mineral ini mungkin ada beberapa aspek yang perlu kita pinda untuk kita dapat memenuhi keperluan REE," katanya selepas menghadiri majlis perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan pertemuan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan tiga kementerian bagi membincangkan pembangunan kerangka model perniagaan REE negara baru-baru ini.
Mengulas lanjut Nik Nazmi berkata pertemuan NRES dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya membincangkan langkah memajukan industri REE serta unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang perlu dilihat secara menyeluruh.
Dalam perkembangan lain Nik Nazmi meminta semua negeri mempercepatkan proses pindaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pemakaian) di negeri masing-masing dengan NRES bersedia membantu sebagai pemudah cara.
Beliau berkata melalui pindaan tersebut, pelbagai peraturan boleh diguna pakai bagi melindungi kawasan hutan daripada diteroka sewenang-wenangnya tanpa mengikut garis panduan ditetapkan.
"Buat masa ini hanya Perlis dan Selangor telah mengguna pakai pindaan akta ini yang telah dibuat dua tahun lalu dan saya percaya negeri-negeri lain pun sedang berusaha ke arah pindaan itu," katanya.
Terdahulu, pada majlis berkenaan Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyempurnakan acara penanaman pokok Antiaris Toxicaria atau pokok Ipoh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Nik Nazmi berkata kerangka perundangan itu adalah perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perbincangan dibuat mengenai penubuhan GLC untuk meneroka dan mengawal selia industri berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia.
Jasad Presiden Ebrahim Raisi dan mangsa lain dibawa ke Tabriz
Operasi mencari dan menyelamat berskala besar berakhir apabila jenazah dihantar ke sebuah lokasi di wilayah Azerbaijan Timur.
[KRONOLOGI] Ebrahim Raisi Maut Helikopter Terhempas
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Ebrahim Raisi maut helikopter terhempas.
Presiden baharu Taiwan gesa China hentikan intimidasi
Lai Ching-Te selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Taiwan pada Isnin dan berikrar mengekalkan dasar luar terhadap China.
Penampilan sulung Tunku Abu Bakar pada cabaran Spa di Belgium, Jun ini
Ini peluang berharga untuk mengasah kemahiran Tunku Abu Bakar dan menyesuaikan diri dengan tuntutan acara tahan lasak itu.
Innovathon kembali untuk musim kedua
Innovathon kembali untuk musim kedua.
Sebuah rancangan realiti TV inovasi anjuran Kementerian Ekonomi Dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro.
Untuk sertai hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreatif dan inovatif anda ke alamat emel: [email protected]
Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024.
Sebuah rancangan realiti TV inovasi anjuran Kementerian Ekonomi Dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro.
Untuk sertai hantar video berdurasi 1 minit memaparkan idea kreatif dan inovatif anda ke alamat emel: [email protected]
Tarikh tutup penghantaran pada 21 Jun 2024.
Polis tahan keldai dadah warga Peru, seludup kokain dalam perut
Polis menahan seorang lelaki warga Peru dan merampas 95 kapsul berisi kokain yang disembunyikan di dalam perutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 17 Mei lepas.
Terapi naratif bantu jemaah tangani stres
Menitikberatkan soal kesihatan mental jemaah, naratif terapi yang menghasilkan Ranting Hati menjadi antara inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) di mana ia menjadi platform kepada jemaah haji Malaysia meluahkan sebarang perasaan menangani cabaran sebagai tetamu Allah di tanah suci.
[TERKINI] Gangguan bekalan air di tujuh daerah di Selangor pada 5 Jun
Gangguan bekalan air di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Ugut Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua saksi
Polis merakam dua keterangan saksi bagi membantu siasatan berhubung surat ugutan bersama dua butir peluru yang diterima Teresa Kok.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
TERAJU, Yayasan Peneraju, Ekuinas diberi peranan khusus dalam ekosistem keusahawanan Bumiputera - Rafizi
Inisiatif penjajaran semula ini juga dilakukan susulan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
INNOVATHON musim kedua fokus popularkan, pupuk minat anak muda pada STEM
Program realiti berteraskan penghasilan inovasi, INNOVATHON, kembali untuk musim kedua.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
Kerajaan komited pastikan pelaksanaan hab CCUS selari dengan NETR dan NIMP 2030
Kerajaan komited untuk memastikan pelaksanaan tiga hab Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) selari dengan agenda NETR dan NIMP 2030.